Monday, 6 May 2019

TABUNG RAMADHAN

Salam Ramadan sahabat sekalian.

Mari kita sama lakukan perkara kecil ini sempena hari pertama Ramadan.

1. Beli pewangi ruang letakkan dalam surau pejabat kita atau surau kita.

2. Kutip semua kain dan telekong balik singgah dobi basuh dan gosokkan.

3. Beli selipar baru dikedai RM2 dalam 10 pasang letakkan depan surau.

4. Sediakan duit kecil sedekah pada anak anak datang terawih kesurau. Sedekahlah

5. Penuhkan minyak kereta isteri kita biar dia teruja masak waktu sahur dan berbuka untuk kita sekeluarga .

Lakukan apa sahaja yang boleh buat kita bahagia Ramadan ini.

Ramadan depan kita belum tentu jadi 'tetamu'nya lagi.

Ingatkan Diri...

Wednesday, 10 October 2018

BUANG BERHALA DUNIA


Assalamualaikum wbt
Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.

Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer sebab ahli keluarga terdekat pun tak membantu langsung.. Semua dok bantu orang lain dari keluarga sendiri..

Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa.

Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.

Cuma beliau kata, kalau ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;

“Camana ni order belum masuk?” “Kerja tu tak siap lagi.” “Kerja ni tak buat lagi.”

Stop. Stop. Stop kan suara-suara halus tu. Counter back dengan cakap macamni,

“Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain.” 

Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.

“Ya Allah Ya Bari’, aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah.”

Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktif balik. Stok gerak sedikit demi sedikit.

Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.

Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya.

Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang).

Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.

Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat.

Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.

Sebelum buat apa-apa kerja, setkan niat Lillahi Ta'ala.
InsyAllah Allah yang buatkan semuanya.

Saya petik sekadar perkongsian daripada Tuan Talib Mansor.

Wednesday, 15 August 2018

TUHAN JAGAKAN DIA - DOA UNTUK ANAK KU

Tak nak cerita apa-apa. Cuma ini, mari lah kita berdoa bersama,

1) Tuhan, anak kami di sekolah. Jauhkan lah mereka dari gejala atau perlakuan tidak berfaedah. Aamiin.

2) Tuhan, anak kami di rumah pengasuh. Jauhkan lah dari didera, dipukul atau cedera terjatuh. Aamiin.

3) Tuhan, anak kami di rumah. Jauhkan lah dari keadaan yang boleh mendatangkan musibah. Aamiin.

#Allahpegang#
#Hatimanusia#

Monday, 13 August 2018

CARA BIJAK KUMPUL ASSET

KERETA DAPAT. DEPOSIT RUMAH PUN DAPAT.

Ramai yang ingin membeli kereta pertama setelah mula bekerja. Korang nak beli kereta apa pun saya tak halang. Tapi saya nak ajar cara bijak beli kereta. Saya kongsikan teknik bijak untuk memiliki kereta pertama disamping dapat menyimpan dana deposit rumah selepas tiga tahun.
Nak tahu tak, walaupun korang bayar ansuran kereta RM500++ sebulan, tetapi kau masih boleh dapat RM30K selepas tiga tahun? Kalau nak tahu, teruskan membaca dengan minda terbuka.

1. Ansuran bulanan untuk Myvi 1.3 Premium X lebih kurang RM511. Tambah kos petrol dalam RM300. Komitmen kau lebih kurang RM811 sebulan. Sebenarnya kau patut bersedia dan mampu untuk keluarkan RM811 setiap bulan kan. Tapi tahan dulu niat nak beli kereta untuk setahun. Setahun je tak lama. Sementara tu kau boleh tumpang kereta kawan ataupun naik pengangkutan awam. Kau patut mampu bayar bulanan RM800 lebih jika kau nak beli Myvi.

Jadi, apa kau boleh buat; Tahun pertama, mohon ASB Financing RM150K. Keuntungan bank 5.05%, tempoh pembiayaan ASB 30 tahun. Tanpa takaful. Bulanan RM810.
Selepas setahun dividen diumumkan. Andaian dividen diumumkan 7%. Jadi, 7% X RM150K= RM10,500

2. Tahun kedua, korang beli la kereta Myvi korang tu. Ansuran bulanan RM511. Setahun korang kena bayar RM6132. Ambil dividen ASB yang korang dapat tu untuk bayar ansuran bulanan.

RM10,500-RM6132=RM4368

Ada lagi lebihan RM4368. Simpan dalam ASB sebagai simpanan deposit rumah korang. Jangan kacau.

3. Bayar ansuran ASBF guna gaji korang, dan ansuran bulanan kereta guna dividen ASB. Jadi komitmen korang kekal RM810.

4. Selepas tiga tahun, korang terminate ASBF korang tu. Dan akan dapat; ✅Dividen terakhir: RM10,500 ✅Pulangan prinsipal (36 bulan): RM6926 ✅Duit lebihan setiap tahun: RM4368 X 3 tahun = RM13,104
Jumlah kasar keseluruhan: RM10,500 + RM6926 + RM13,104 = RM30,530

Dalam masa tiga tahun kau boleh ada lebih RM30K untuk dijadikan deposit rumah. Itu tak termasuk kiraan bonus lagi tu.

Kalau nak beli tahun keenam ke, kelima ke itu ikut korang punya perancangan. Sebab istimewa ASBF ni boleh terminate bila-bila masa. Tak ada lock in period. Selepas kau terminate ASB Financing, kau boleh lah cari rumah murah dulu. Apartmen medium kos misalnya. Kau boleh duduk sendiri ataupun sewakan pula rumah tu. Jadi, kau dah ada aset hartanah. Tak mampu beli rumah sekarang tak apa. Kau kena berusaha untuk bangkit dan ubah masa depan kau. Masa muda ni lah nak cari duit. Perjalanan kau masih panjang. Kalau masa muda dah mengeluh, dah berfikir negatif, hari-hari duk salahkan orang, tak guna der. Kau nampak konsep dia?

Kalau kau nak beli kereta ada logo H. Kau patut buat ASBF RM200K tu dulu der. Sekurang-kurangnya selepas tiga tahun kau ada deposit untuk beli rumah.

Kereta pun dapat. Rumah pun dapat. Ini adalah idea dan cetusan idea sahaja. Bukan saya suruh ikut cara ni 100%. In adalahb cadangan nak beli kereta untuk tolong korang kumpul deposit rumah pertama. Terima kasih. __________________________________________
Penafian :

1. Perkiraan kasar sahaja.
2. Andai dividen ASB diumumkan oleh pihak ASNB sepanjang tempoh tiga tahun tersebut kekal 7%

Sunday, 29 July 2018

IKHTIBAR CERITA MELAYU MASA KINI

Kepada kaum perempuan yang suka tengok drama Melayu, takkanlah nak suka-suka saja, tak nak ambil iktibar walaupun sikit.

1. Beli rumah sebelum kahwin dengan gigih. Kalau suami kita hendak curang, takdalah nampak kita macam terhegeh-hegeh.

2. Buat simpanan banyak-banyak untuk masa depan. Kalau suami kita cari perempuan lain, kita tak takut andai ditinggalkan.

3. Pastikan kita ada pendapatan walau pun sekarang ni kita surirumah. Kalau suami kita pergi dulu, taklah kita harap simpati dan sedekah.

4. Kalau perlu untuk jadi lebih kaya daripada suami kita, apa salahnya. Bantu ekonomi keluarga. Tapi kena ingat kita ni tetap isteri dia.

5. Jagalah suami kita dengan baik dan jangan biarkan dia selalu kesepian. Lelaki ni memang perlukan belaian dan perhatian.

Kesimpulannya, kita jangan nak bergantung sangat kepada suami. Kita kena ada banyak back up plan A sampai ke Z.

Kita tak tahu bila masa kasih sayang suami kita akan berkurang dan beralih kepada perempuan lain. Suami kita sendiri pun tak tahu.

Sekian, nota ini hanyalah untuk peringatan.

Saturday, 21 April 2018

3 TIPS BUANG RASA MARAH PADA ANAK



Jom sama-sama kita buang rasa nak marah pada anak. Kalau kita mak atau ayah suka marah-marah pada anak, bermakna kita sedang STRESS!

Amalkan 3 tips di bawah, mudah-mudahan, InsyaAllah, saya dan anda semua mampu untuk buang rasa marah itu.

1. Nak masuk rumah, ucapkan salam, baca BISMILLAH dan masuk dengan kaki kanan. Insya Allah syaitan yg suka bertenggek atas kepala akan lari.

2. Rajin-rajin PELUK anak. Sebagai contoh selepas pulang dari kerja.

3. Rajin Baca YA AZIZ, YA JABBAR, YA MUTAKKABBIR dan hembus pada ubun-ubun anak.

Mudah-mudahan, dengan tindakan kecil ini, dilakukan secara istiqamah, InsyaAllah saya dan diri tuan puan, adik kakak, ibu bapa, sahabat-sahabat akan jadi hebat.

Kongsikan tips ni pada mereka yang kita sayang :)

Friday, 20 April 2018

BAHAGIA DI TEMPAT KERJA

Ustaz Pahrol pernah kata: Tempat kerja tempat yang lama kita berada. Jika balik rumah, kita balik dan tidur. Di tempat kerja kita jumpa dan berurusan dengan orang. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja maka kita tak bahagia.

Nasihat Dr Fadhilah Kamsah kepada mereka yang mahu berhenti kerja sebab tak boleh kerja dengan orang, sebab rasa tak dihargai, sebab kawan-kawan tak ngam dengan kita:

" Betul kan diri kita dahulu. Betul kan niat kita. Doakan semoga orang-orang yang tiada hubungan baik dengan kita akan menjadi baik dengan kita, doakan untuk bos supaya bos sayang kita, doakan untuk company semoga company sukses. "

Ini pula kata-kata saya:

Sebenarnya senang kita nak rasa disayangi di tempat kerja. Sangat mudah nak dihormati, dipercayai dan rasa tenang di tempat kerja.

1. Tanamkan niat kita bekerja kerana Allah. Pasti Allah bantu niat-niat kita yang lain seperti nak bantu keluarga, nak bayar hutang etc.

2. Buat baik dengan semua orang - dengan kawan-kawan sekerja, dengan pembantu, dengan pelanggan, dengan pelawat etc

3. Jangan mengadu domba. Nampak saja kesalahan orang, mudah mahu adu pada boss dan menjadi pula bahan umpatan dengan kawan-kawan. NO! Jangan mulakan. Inilah pembunuh senyap di tempat kerja.

4. Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi di tempat kerja. Tenang itu selalu menang.

5. Ucapkan terima kasih kepada boss dan kawan-kawan.

6. Mohon maaf jika bersalah. Jangan ego.

7. Senyum. Usah mudah sangat berubah muka. Senyumlah kerana senyum itu penawar untuk semua permasalahan.

Tempat kerja adalah rumah ke 2 kita. Tempat kita mencari rezeki. Jika di tempat kerja kita bermain dengan perasaan. Kita tak suka dengan rakan sekerja, kita membenci, bagaimana doa kita mahu dimakbul Allah?

Semoga anda semua menjadi pekerja yang hebat. Orang hebat pasti disayang manusia dan juga Allah.

Kredit: Ashikin Hashim