Friday 18 March 2016

KEBAIKAN LEMON

Entri     : 2
Teks     : Farizah Md Sapie
Photo   : Carian Goggle

Pernahkan anda cuba untuk menurunkan berat badan dengan kaedah Detox? Inilah yang terjadi pada tubuh anda jika anda minum air lemon setiap pagi bagi tujuan detox.
     Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. 
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati, lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
     Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini? 
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi 
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1.    Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2.    Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3.    Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4.    Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5.    Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6.    Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7.   Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8.    Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9.    Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10.   Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11.   Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan Acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
   Caranya:
   Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa. Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam) Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doktor sebelum memulakan.
Menghilangkan rasa takut dan Menenangkan perasaan stress
Kajian mwmbuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress. Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
   Caranya: 
   Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi Ulcer Mulut.
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni.
   Caranya: 
   Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan air tersebut sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye Demam
Selain dari rawatan demam ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa. 
   Caranya: 
   Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap 2 jam sehingga demam tiada lagi! 
Selesema dan Sakit Tekak 
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak. 
   Caranya: 
   Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi. Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali.

Semoga tips kesihatan secara tradisional ini dapat membantu meringankan sakit yang dihadapi dan bermenafaat kepada anda semua..

No comments:

Post a Comment