Bagaimana cara mencari sahabat lama...
Tajuk ini berlegar di ruang fikiran saya setelah saya dijejaki bukan sahaja sahabat-sahabat lama dari sekolah menengah beberapa tahun dahulu. Malahan beberapa hari yang lalu sahabat lama saya dari sekolah rendah juga sudah dapat menjejaki saya.
Terasa amat bersyukur sekali kerana kami dipertemukan dan berkumpul dalam satu bumbung walaupun di alam maya. Sedikit demi sedikit kenangan di alam persekolahan mula mengimbau kembali bila terlihatkan wajah sahabat saya. Ada yang sudah berubah dan masih ramai yang kekal seperti dahulu dan masih dapat dikenali.
Yang menjadi persoalannya bagaimana mereka mencari saya sedangkan sudah hampir puluhan tahun tidak tahu khabar berita.
Bagaimana pula saya akan mencari sahabat lain yang belum berjumpa lagi untuk di kumpulkan di bawah satu bumbung. Zaman teknologi kini banyak membantu dan tidak mustahil jika mereka boleh menjejak kita dari pencarian di facebook.
Zaman dahulu tidak ada facebook, tetapi kini pelbagai cara dapat dilakukan dan apa yang saya lakukan untuk menjejaki sahabat lama adalah dengan cara :-
1. Taip nama penuh sahabat anda di kotak
pencarian facebook sekiranya anda
masih ingat nama penuh mereka.
2. Cari sahabat anda yang lain di senarai
nama sahabat yang anda baru jumpa di
Facebook. Biasanya kita akan terjumpa
lagi sekurang-kurangnya seorang.
3. Anda tubuhkan kumpulan dan dari situ
cuba cari sahabat yang lain. Mungkin
mereka boleh membantu anda dengan
cara bertanya kepada keluarga di
kampung.
4. Besarkan kumpulan anda seperti dari
satu kelas diubah pencarian ke satu
batch.
5. Sekiranya anda mengadakan sessi
perjumpaan, jangan lupa untuk
menjemput wartawan untuk di siarkan di
akhbar. Dengan cara ini mungkin
sahabat yang belum anda temui terbaca
artikel tersebut, boleh berhubung
dengan anda. Dengan syarat anda
haruslah meletakkan nombor anda
supaya boleh dihubungi.
6. Sekiranya ibu bapa mereka masih ada
dan masih tinggal lagi di tempat sama,
anda boleh lawat mereka untuk bertanya
khabar sambil bertanya mengenai
sahabat anda itu.
Saya doakan semoga anda dapat menjejaki sahabat lama anda. Alfatihah saya sedekahkan kepada sahabat - sahabat saya yang telah terlebih dahulu dijemput ilahi. Moga rohnya dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment