Sunday 11 December 2016

SEWA RUMAH DI SEBELAH RUMAH ORANG MISKIN

Assalammualaikum dan salam muafakat johor untuk sahabat semua.

Di dalam musim hujan ini biasanya kita akan layan rancangana televisyen atau pun gajet masing-masing ditangan sambil melayari apa jua hiburan di alam maya. Dalam pada saya melayani internet mata terpaku dengan pertanyaan dari seseorang di face booknya.

Hanya sekadar renungan untuk saya kerana saya memikirkan apakah bezanya miskin atau kaya di sisi tuhan?

Pandangan peribadi saya sahaja. Kita miskin atau kaya di sisi tuhan hanya dari perbezaan amalan.

Sama-sama kita renungkan cerita di bawah ini.

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dgn rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak.

Satu malam tiba-tiba bekalan elektrik terputus.

Dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin, namun dia terdengar ada orang mengetuk pintu rumahnya.

Ternyata seorang anak miskin yang tinggal di sebelah rumahnya yang mengetuk pintu. Anak itu bertanya dgn risau: "Kakak, ada lilin tak?"

Gadis itu terfikir : Ini mesti dia hendak pinjam lilin dariku. "JANGAN BAGI PINJAM" bisik gadis tersebut di dalam hatinya. Nanti jadi satu kebiasaan pula utk jiran sebelah rumah ni terus meminta.

Maka si gadis menjawab : "TIDAK ADA!!"

Lalu si anak miskin berkata riang : "Saya sudah agak, kakak tak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami risau kerana kakak tinggal sendirian dan tak ada lilin".

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat....

Maka pengajaran yang kita lihat di atas tadi. Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN / TIDAK MAMPU.

Ingatlah..
Kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak yg kita PUNYA, tetapi berapa banyak kah yang kita MAMPU utk MEMBAHAGI kepada mereka yg TIDAK MAMPU. Itulah kebajikan. Adakah kita mampu melakukan kebajikan sehingga ianya menjadi amalan?

Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA2 & dan
KAYA pula bukan bererti PUNYA SEGALANYA.

Hindarkan sikap buruk sangka dan hendaklah bersangka baik sentiasa sesama manusia.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆