Friday 25 March 2016

KEPAKARAN YANG MEMBERIKAN KEPUASAN

Entri    : 4
Teks     : Farizah Md Sapie


     Alhamdulillah, saya dapat bersiaran sekali lagi setelah beberapa hari cuba untuk membina dan mengekalkan semangat menulis secara konsisten. Sebenarnya saya  seperti orang lain yang setiap hari pasti ada benda atau perkara baru yang dipelajari. Hanya kerana saya seorang yang tidak memperdulikan apa yang berlaku seharian, maka pengalaman baru yang dialami akan di simpan sendiri tanpa ada rasa teruja untuk berkongsi dengan orang lain.

     Tetapi hari ini saya ingin berkongsi rasa bagaimana sesuatu pekerjaan itu boleh menjadikan kita terpaksa belajar bidang yang di luar dari kepakaran kita. Seperti saya, sebagai seorang jururawat, saya perlu merawat  pesakit dan memenuhi keperluan asas mereka di kala mereka tidak mampu melakukannya sendiri.Oleh kerana kepakaran saya merawat pesakit yang sedang bertarung dengan kematian atau kecederaan yang serius, otak saya akan bekerja keras untuk mempastikan pesakit saya selamat. Baru ada rasa kepuasan di dalam hati sekiranya saya berjaya menyelamatkan satu nyawa dan saya akan bersyukur kerana ilmu yang saya ada, dapat saya gunakan dengan sebaiknya.

     Seperti baru sebentar tadi, saya mendengar panggilan kecemasan dari interkom. Pada masa itu saya sedang menunggu untuk berbincang dengan orang atasan mengenai pelan lantai bangunan baru. Sememangnya saya tidak faham tentang pelan lantai dan saya pun bukannya lulusan arkitek. Hanya sempat belajar asasnya di Sekolah Teknik dahulu dan itu pun sudah hampir 20 tahun lalu. Bila saya mendengar panggilan kecemasan yang berlaku berhampiran tempat saya yang kebanyakkannya adalah ruang pejabat, saya pun meluru keluar dan mendapati seorang pesakit  telah berhenti bernafas dan tiada denyutan nadi yang dilihat di skrin.

     Kenapa saya memilih untuk menyelamatkan pesakit sedangkan akan ada ramai lagi jururawat yang akan datang menyerbu bila mendengar panggilan kecemasan tersebut? Seperti yang saya katakan di atas, pengalaman baru akan sentiasa kita alamai pada setiap hari. Walaupun kejadiannya adalah sama, tetapi pengalaman pasti akan berbeza-beza. Ada masanya kita sudah sedaya upaya menyelamatkan pesakit yang "straight line" di skrin monitor tetapi tidak berjaya. Tetapi ada kalanya "straight line" itu akan menjadi rithma yang membuatkan kita bersyukur kerana telah berbakti kepada orang dan seterusnya kita menghargai apa yang kita lakukan itu. Saya dan rakan-rakan berjaya menyelamatkan satu nyawa dan saya berpuashati dengan diri sendiri kerana berjaya memberikan suatu kebaikan kepada orang.

     Sekiranya saya memutuskan untuk menunggu perbincangan dengan orang atasan mengenai bidang yang bukan kepakaran saya, sudah tentu saya akan rasa hari ini rutin hidup saya biasa-biasa sahaja. Walaubagaimana pun saya meneruskan niat saya untuk mempelajari "bidang baru" iaitu membaca pelan lantai tersebut setelah saya pastikan pesakit tadi berada di ICU dan telah betul-betul stabil.

     Saya juga tidak pernah terfikir yang jururawat juga perlu belajar macam-macam bidang seperti kaunselor, Pakar Diet/pemakanan, seorang cikgu/guru kepada pelajar jururawat dan pesakit, pakar IT dan sebagainya. Sesungguhnya bidang kejururawatan hanyalah salah satu batu loncatan untuk kita miliki pelbagai kepakaran lain.

Sekian coretan saya.






































Tuesday 22 March 2016

KRIM HERBA KEMBOJA

Entri       : 3
Teks       : Farizah Md Sapie
Photo     : Simpanan Peribadi

Pernahkah anda mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat atau kulit kusam? Masalah kulit sering dialami oleh semua peringkat umur samaada remaja dewasa mahupun sudah di peringkat matang usia kita. Jika kita tidak memandang serius perkara ini, mungkin kita akan berhadapan dengan masalah yang lain seperti hilang kawan atau hilang keyakinan pada diri sendiri.
Sebelum kita hilang kawan atau tidak berkeyakinan pada diri sendiri, kita harus cari jalan supaya masalah kulit kita dapat diatasi dengan segera.Hanya dengan menggunakan herba asli dan tiada bahan kimia sahaja dapat memgembalikan kecantikan dan kesihatan kulit wajah.
Krim Herba Kemboja dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Ini adalah kerana Krim Herba Kemboja dihasilkan 100%  berasaskan herba. Antara kandungan Krim Herba Kemboja dan kebaikan yang ada dalam bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut.
Royal Jelly
Mengandungi pelbagai nutrisi dan vitamin tertentu yang menyokong proses pembaharuan tisu kulit. Ia turut berperanan mempercepatkan penyembuhan pada kulit wajah.
Ekstrak Pati Soya
Ia mampu melembutkan dan melicinkan kulit, menghilangkan kedutan serta mengurangkan masalah kulit berminyak.
Ekstrak Timun
Untuk membuatkan wajah anda lebih halus dan berfungsi untuk menyegarkan wajah. Ekstrak Timun dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah.
Minyak zaitun
Berfungsi sebagai agen anti penuaan, untuk mengekalkan wajah anda menjadi awet muda serta menyerikan wajah. mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur.
Vitamin A
Ia merupakan antioksidan dan juga dapat membantu mengeluarkan racun. Vitamin A berperanan melawan jerawat dengan menurunkan penghasilan minyak dan meningkatkan sistem perlindungan kulit.
Vitamin E
Membantu anda mendapatkan tekstur kulit wajah yang cantik , berseri dan tidak kusam.sebagai agen pelembab kulit jika diambil secara berterusan.
Alovera
Menyapu lendir lidah buaya pada wajah sebelum tidur secara konsisten mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih licin dan juga boleh meghilangkan masalah jerawat anda.
Kolagen
Ia bertindak melawan penuaan pada wajah dengan mengurangkan kedutan yang jelas pada wajah dan melindungi kulit.
Sengkuang
Menghaluskan dan memutihkan kulit, menegangkan kulit wajah, menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Beras
Ia membantu anda mendapatkan wajah yyang cerah dan lebih lembut . Antara khasiat beras ialah merawat sel kulit yang mati dan menanggalkan kekotoran serta minyak pada kulit dan wajah anda.
Pegaga
Berfungsi menaikan seri wajah dan menghilangkan bintik-bintik hitam.
Jika anda mempunyai masalah kulit dan tidak mahu penggunaan bahan kimia yang akan menambah masalah anda, cubalah Krim Herba Kemboja. Terima kasih kerana masalah saya juga telah selesai..dengan penggunaannya secara teratur. Cubalah...

Friday 18 March 2016

KEBAIKAN LEMON

Entri     : 2
Teks     : Farizah Md Sapie
Photo   : Carian Goggle

Pernahkan anda cuba untuk menurunkan berat badan dengan kaedah Detox? Inilah yang terjadi pada tubuh anda jika anda minum air lemon setiap pagi bagi tujuan detox.
     Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. 
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati, lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
     Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini? 
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi 
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1.    Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2.    Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3.    Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4.    Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5.    Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6.    Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7.   Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8.    Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9.    Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10.   Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11.   Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan Acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
   Caranya:
   Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa. Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam) Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doktor sebelum memulakan.
Menghilangkan rasa takut dan Menenangkan perasaan stress
Kajian mwmbuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress. Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
   Caranya: 
   Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi Ulcer Mulut.
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni.
   Caranya: 
   Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan air tersebut sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye Demam
Selain dari rawatan demam ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa. 
   Caranya: 
   Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap 2 jam sehingga demam tiada lagi! 
Selesema dan Sakit Tekak 
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak. 
   Caranya: 
   Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi. Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali.

Semoga tips kesihatan secara tradisional ini dapat membantu meringankan sakit yang dihadapi dan bermenafaat kepada anda semua..

Thursday 17 March 2016

PENGENALAN DIRI





Entri   :1
Teks   :Farizah Md Sapie
Foto   :Carian Google

Bismillah..
Assalammualaikum dan Salam Perkenalan

     Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Anys Idayu Zakaria. Guru Online Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) kerana membuka jalan untuk saya mencuba cabang baru dalam berbisnes.

     Nama saya Farizah Md Sapie, berasal dari Kluang Johor dan saya sememangnya anak jati Johor. Dilahirkan pada Disember 1971, merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik yang berselang bunga. Pembaca pernah dengar pepatah selang bunga? Istilah ini digunakan apabila adik beradik adalah berselang seli lelaki dengan perempuan. Saya mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki dan perempuan. Sebagai anak kedua, ada fakta menyatakan anak kedua memiliki jiwa yang kreatif dan cenderung untuk membebaskan diri. Biasanya anak kedua juga lebih senang bersendirian daripada berkumpul dengan anggota keluarga lainnya. Tetapi betulkah saya juga begitu?

     Kalau jiwa kreatif tu rasanya saya ni tangan keras..hehehe... Bak kata pepatah, kalau tak boleh bermain bola dinamakan kaki bangku.. Tetapi cenderung untuk membebaskan diri saya, memang saya tidak menafikannya. Ini adalah kerana,  di awal persekolahan sahaja saya tinggal dengan ibu bapa. Saya mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim Majid yang terletak di kampung saya. Di sini saya disenangi oleh guru-guru mungkin kerana pengaruh ayah yang juga guru di sekolah agama. Jadi merasalah saya berguru dengan ayah sendiri...Pernah juga sekolah menjadikan rumah kami lokasi untuk Klinik Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan pergigian murid-murid di kampung itu. Kenangan terindah di sekolah rendah...

     Prestasi yang mumtaz melayakkan saya ke sekolah Rancangan Khas kerajaan di bandar Kluang. Sedaya upaya guru kelas waktu itu Cikgu Ridwan, memujuk ayah saya untuk melepaskan saya ke asrama High School Kluang setelah penilaian Darjah 5 di umumkan. Bermulalah pembebasan diri saya dari hidup bersama keluarga. Belajar naik turun bas untuk balik ke kampung sendirian, outing ke bandar bersama kawan-kawan dan bertandang ke rumah kawan amat menyeronokkan. Oleh kerana saya anak perempuan pertama dalam keluarga, maka pergerakan saya  terbatas, pemerhatian yang ketat dari orang tua dan saya juga menerima pendidikan dan ajaran yang tegas dari mereka. Alhamdulillah, saya dapat menjaga diri saya pada masa itu sehinggalah saya berpindah sekolah ke Teknik Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Kluang semula.

     Sementara menunggu keputusan besar seperti SPM dan STPM, saya juga sempat belajar menaip dan trengkas serta menimba pengalaman bekerja di kilang sebagai kerani perkapalan. Remaja perempuan katakan, ilmu mesti di timba selagi masih berkesempatan. Ada sahaja permintaan dari saya supaya tidak duduk diam di rumah. Alhamdulillah, ayah tidak pernah membantah asalkan saya pandai menjaga diri dan buat perkara-perkara baik.

     Oleh kerana keputusan STPM yang agak lewat keluar, saya mencuba nasib memohon tawaran untuk belajar kejururawatan yang ditawarkan oleh salah satu badan swasta terbesar di Johor. Saya diterima masuk sebagai kumpulan pertama Kejururawatan Diploma di Malaysia setelah kumpulan perintis diploma diiktiraf oleh kerajaan. Selama 3 tahun hidup di Kuala Lumpur, saya berjaya menamatkan pengajian di sana. Pengalaman menaiki bas mini chowkit, bersesak-sesak di Puduraya sewaktu balik berhari raya atau balik kampung juga telah saya alami. Almaklum tahun 1993 sehingga 1995 belum ada perkhidmatan komuter atau LRT lagi di Kuala Lumpur.

     Alhamdulillah, saya telah diserap bekerja di salah sebuah hospital di selatan tanah air kerana saya perlu berbakti, bukan sahaja kepada hospital yang telah biaya pembelajaran saya, malah ingin membalas budi kepada kedua orang tua saya. Sayalah dalam keluarga yang terlebih dahulu tinggal di asrama dan kini terlebih dahulu bekerja. Namun, saya sangat terkilan kerana ayah meninggal tidak sampai setahun saya bekerja. Sangat sedih dan terkilan kerana tidak sempat untuk ucapkan terima kasih kerana ayah sentiasa penuhi keinginan saya. AL-FATIHAH untuk ayah tersayang Md Sapie bin Md Ikhsan.

     Masa berlalu dengan pantas, tidak disedari sudah 11 tahun saya berkhidmat di hospital tersebut sehingga sempat melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Ijazah dalam bidang yang sama. Keinginan untuk membebaskan diri datang lagi. Kali ini saya memohon untuk bekerja di Timur Tengah. Bermulalah perjalanan hidup saya yang sentiasa inginkan tempat dan suasana baru.

     Dapatlah saya merasa bagaimana hidup merantau di negara orang, merasai empat musim dan bersesak-sesak melakukan ibadah dan melihat sendiri keagungan Allah bila terpandang Kiblat bagi umat islam.Atas persetujuan En suami, saya bekerja selama 2 tahun sebelum pulang ke Malaysia. Oleh kerana pernah merasa mewah dengan riyal, kini saya cuba berjinak-jinak dengan berniaga.

     Seminar Harimau Menangis yang saya hadiri awal tahun 2016 telah menyedarkan saya bahawa saya perlu ada dua pekerjaan dalam satu masa dan tips dari Tuan Irfan Khairi (Pakar Motivasi dan Strategi Perniagaan Internet) sebagai speaker undangan pada masa itu membuatkan saya menjejaki cikgu Anys untuk mempelajari Blogs Perniagaan. Bagaimana ingin memulakan perniagaan jika asasnya tiada? Itulah yang membuatkan percubaan saya untuk berniaga gagal kerana tiada ilmu. Semoga Allah terus memberikan saya masa dan peluang untuk saya menimba ilmu dengan cikgu baru saya seterusnya dapat berkongsi ilmu dan segala info yang berguna kepada pembaca budiman.

    Sekian, wasalam dari saya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHvvCZaSH78tJ8MTdQx7BhcwL1b4vLixSgnxRc8tVutzYCRdVXyLj8fEwXECP-Baj-pZKcMd0N44bvlPFunrzom2WjqMkK7Cfzyg20WxuX5F-F0qsIkitLGZ2XshSQnXcUgi1_yBrcsIbw/s1600/2014-11-22+23.07.24+%25281%2529.png