Monday 13 August 2018

CARA BIJAK KUMPUL ASSET

KERETA DAPAT. DEPOSIT RUMAH PUN DAPAT.

Ramai yang ingin membeli kereta pertama setelah mula bekerja. Korang nak beli kereta apa pun saya tak halang. Tapi saya nak ajar cara bijak beli kereta. Saya kongsikan teknik bijak untuk memiliki kereta pertama disamping dapat menyimpan dana deposit rumah selepas tiga tahun.
Nak tahu tak, walaupun korang bayar ansuran kereta RM500++ sebulan, tetapi kau masih boleh dapat RM30K selepas tiga tahun? Kalau nak tahu, teruskan membaca dengan minda terbuka.

1. Ansuran bulanan untuk Myvi 1.3 Premium X lebih kurang RM511. Tambah kos petrol dalam RM300. Komitmen kau lebih kurang RM811 sebulan. Sebenarnya kau patut bersedia dan mampu untuk keluarkan RM811 setiap bulan kan. Tapi tahan dulu niat nak beli kereta untuk setahun. Setahun je tak lama. Sementara tu kau boleh tumpang kereta kawan ataupun naik pengangkutan awam. Kau patut mampu bayar bulanan RM800 lebih jika kau nak beli Myvi.

Jadi, apa kau boleh buat; Tahun pertama, mohon ASB Financing RM150K. Keuntungan bank 5.05%, tempoh pembiayaan ASB 30 tahun. Tanpa takaful. Bulanan RM810.
Selepas setahun dividen diumumkan. Andaian dividen diumumkan 7%. Jadi, 7% X RM150K= RM10,500

2. Tahun kedua, korang beli la kereta Myvi korang tu. Ansuran bulanan RM511. Setahun korang kena bayar RM6132. Ambil dividen ASB yang korang dapat tu untuk bayar ansuran bulanan.

RM10,500-RM6132=RM4368

Ada lagi lebihan RM4368. Simpan dalam ASB sebagai simpanan deposit rumah korang. Jangan kacau.

3. Bayar ansuran ASBF guna gaji korang, dan ansuran bulanan kereta guna dividen ASB. Jadi komitmen korang kekal RM810.

4. Selepas tiga tahun, korang terminate ASBF korang tu. Dan akan dapat; ✅Dividen terakhir: RM10,500 ✅Pulangan prinsipal (36 bulan): RM6926 ✅Duit lebihan setiap tahun: RM4368 X 3 tahun = RM13,104
Jumlah kasar keseluruhan: RM10,500 + RM6926 + RM13,104 = RM30,530

Dalam masa tiga tahun kau boleh ada lebih RM30K untuk dijadikan deposit rumah. Itu tak termasuk kiraan bonus lagi tu.

Kalau nak beli tahun keenam ke, kelima ke itu ikut korang punya perancangan. Sebab istimewa ASBF ni boleh terminate bila-bila masa. Tak ada lock in period. Selepas kau terminate ASB Financing, kau boleh lah cari rumah murah dulu. Apartmen medium kos misalnya. Kau boleh duduk sendiri ataupun sewakan pula rumah tu. Jadi, kau dah ada aset hartanah. Tak mampu beli rumah sekarang tak apa. Kau kena berusaha untuk bangkit dan ubah masa depan kau. Masa muda ni lah nak cari duit. Perjalanan kau masih panjang. Kalau masa muda dah mengeluh, dah berfikir negatif, hari-hari duk salahkan orang, tak guna der. Kau nampak konsep dia?

Kalau kau nak beli kereta ada logo H. Kau patut buat ASBF RM200K tu dulu der. Sekurang-kurangnya selepas tiga tahun kau ada deposit untuk beli rumah.

Kereta pun dapat. Rumah pun dapat. Ini adalah idea dan cetusan idea sahaja. Bukan saya suruh ikut cara ni 100%. In adalahb cadangan nak beli kereta untuk tolong korang kumpul deposit rumah pertama. Terima kasih. __________________________________________
Penafian :

1. Perkiraan kasar sahaja.
2. Andai dividen ASB diumumkan oleh pihak ASNB sepanjang tempoh tiga tahun tersebut kekal 7%

No comments:

Post a Comment