Bagaimana cara mencari sahabat lama...
Tajuk ini berlegar di ruang fikiran saya setelah saya dijejaki bukan sahaja sahabat-sahabat lama dari sekolah menengah beberapa tahun dahulu. Malahan beberapa hari yang lalu sahabat lama saya dari sekolah rendah juga sudah dapat menjejaki saya.
Terasa amat bersyukur sekali kerana kami dipertemukan dan berkumpul dalam satu bumbung walaupun di alam maya. Sedikit demi sedikit kenangan di alam persekolahan mula mengimbau kembali bila terlihatkan wajah sahabat saya. Ada yang sudah berubah dan masih ramai yang kekal seperti dahulu dan masih dapat dikenali.
Yang menjadi persoalannya bagaimana mereka mencari saya sedangkan sudah hampir puluhan tahun tidak tahu khabar berita. 
Bagaimana pula saya akan mencari sahabat lain yang belum berjumpa lagi untuk di kumpulkan di bawah satu bumbung. Zaman teknologi kini banyak membantu dan tidak mustahil jika mereka boleh menjejak kita dari pencarian di facebook.
Zaman dahulu tidak ada facebook, tetapi kini pelbagai cara dapat dilakukan dan apa yang saya lakukan untuk menjejaki sahabat lama adalah dengan cara :-
1.     Taip nama penuh sahabat anda di kotak
         pencarian facebook sekiranya anda
         masih ingat nama penuh mereka.
2.     Cari sahabat anda yang lain di senarai 
        nama sahabat yang anda baru jumpa di 
        Facebook. Biasanya kita akan terjumpa 
        lagi sekurang-kurangnya seorang.
3.     Anda tubuhkan kumpulan dan dari situ 
        cuba cari sahabat yang lain. Mungkin 
        mereka boleh membantu anda dengan 
        cara bertanya kepada keluarga di 
        kampung.
4.     Besarkan kumpulan anda seperti dari 
        satu kelas diubah pencarian ke satu
        batch.
5.     Sekiranya anda mengadakan sessi 
        perjumpaan, jangan lupa untuk
        menjemput wartawan untuk di siarkan di 
        akhbar. Dengan cara ini mungkin 
        sahabat yang belum anda temui terbaca
        artikel tersebut, boleh berhubung 
        dengan anda. Dengan syarat anda 
        haruslah meletakkan nombor anda
        supaya boleh dihubungi.
6.     Sekiranya ibu bapa mereka masih ada
        dan masih tinggal lagi di tempat sama,
        anda boleh lawat mereka untuk bertanya
        khabar sambil bertanya mengenai 
        sahabat anda itu.
Saya doakan semoga anda dapat menjejaki sahabat lama anda. Alfatihah saya sedekahkan kepada sahabat - sahabat saya yang telah terlebih dahulu dijemput ilahi. Moga rohnya dicucuri rahmat.
 
No comments:
Post a Comment