Sunday 22 January 2017

AIB SEORANG ANAK


'Anak saya kalau dia dah siap makan takdenya nak letak pinggan tu dalam sink. Basuh tangan dia jela'

'Rajinnya anak dia. Kalau anak saya jangan harap la nak tolong sidai kain. Baju dia pon saya yang kutip'

Ayat-ayat sebegini memang laju je keluar dari mulut kita. Tak kira depan anak kita sendiri mahupun tidak. Malah saya akui saya sendiripun kekadang terlepas pandang. Konon sembang mak-mak. Bercerita dan berkongsi perihal anak2. Sekadar suka-suka.

Namun hakikatnya ada hati yang terluka. Ada jiwa yang meronta. Dan ada aib yang tersingkap. Cumanya kita merasakan ianya tidak salah. lancang sahaja mulut kita bercerita. Malah didepan anak-anak kita sendiri. Kita tidak sedar disebalik sikap tak kisah mereka, hati mereka terluka. Disebalik senyum mereka, mereka menanggung aib. Sungguh kita tidak sedari. Kita merasakan ia hanya perkara enteng dan tentunya mereka tidak tersinggung.

Saya menyedari semua ini apabila Allah menegur saya melalui lisan anak kecil ini. 'ibu, kenapa ibu cakap Ainun selalu lupa nak bagitahu ada homework dalam group whatsapp tadi? Ainun bukan sengaja. Ainun memang terlupa'. dan wajahnya menjadi sugul. Ya Allah....saya tak sedar yang saya melukakan hati dia.

Anak-anak sama juga seperti kita. tak suka bila diungkit tentang kelemahannya. Malu bila berbicara tentang kekurangan dirinya. Apatah lagi telinga mereka mendengar dengan jelas. Mereka juga tahu erti malu dan aib.

Begitu juga saat kita menegur kesilapan mereka. Berkatalah denga n kata-kata yang baik. Tegurlah dengan ayat yang merangsang mereka untuk berubah. Bukan dengan ayat yang menjatuhkan air muka dan harga diri mereka. Bagaimana kita mahu orang lain menegur kita dengan hikmah, begitu jugalah kaedahnya dalam kita mendidik anak.

#AnakAsetKeSyurga
#SayangilahAnakKita

No comments:

Post a Comment