Monday, 6 May 2019

TABUNG RAMADHAN

Salam Ramadan sahabat sekalian.

Mari kita sama lakukan perkara kecil ini sempena hari pertama Ramadan.

1. Beli pewangi ruang letakkan dalam surau pejabat kita atau surau kita.

2. Kutip semua kain dan telekong balik singgah dobi basuh dan gosokkan.

3. Beli selipar baru dikedai RM2 dalam 10 pasang letakkan depan surau.

4. Sediakan duit kecil sedekah pada anak anak datang terawih kesurau. Sedekahlah

5. Penuhkan minyak kereta isteri kita biar dia teruja masak waktu sahur dan berbuka untuk kita sekeluarga .

Lakukan apa sahaja yang boleh buat kita bahagia Ramadan ini.

Ramadan depan kita belum tentu jadi 'tetamu'nya lagi.

Ingatkan Diri...

Wednesday, 10 October 2018

BUANG BERHALA DUNIA


Assalamualaikum wbt
Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.

Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer sebab ahli keluarga terdekat pun tak membantu langsung.. Semua dok bantu orang lain dari keluarga sendiri..

Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa.

Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.

Cuma beliau kata, kalau ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;

“Camana ni order belum masuk?” “Kerja tu tak siap lagi.” “Kerja ni tak buat lagi.”

Stop. Stop. Stop kan suara-suara halus tu. Counter back dengan cakap macamni,

“Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain.” 

Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.

“Ya Allah Ya Bari’, aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah.”

Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktif balik. Stok gerak sedikit demi sedikit.

Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.

Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya.

Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang).

Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.

Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat.

Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.

Sebelum buat apa-apa kerja, setkan niat Lillahi Ta'ala.
InsyAllah Allah yang buatkan semuanya.

Saya petik sekadar perkongsian daripada Tuan Talib Mansor.

Wednesday, 15 August 2018

TUHAN JAGAKAN DIA - DOA UNTUK ANAK KU

Tak nak cerita apa-apa. Cuma ini, mari lah kita berdoa bersama,

1) Tuhan, anak kami di sekolah. Jauhkan lah mereka dari gejala atau perlakuan tidak berfaedah. Aamiin.

2) Tuhan, anak kami di rumah pengasuh. Jauhkan lah dari didera, dipukul atau cedera terjatuh. Aamiin.

3) Tuhan, anak kami di rumah. Jauhkan lah dari keadaan yang boleh mendatangkan musibah. Aamiin.

#Allahpegang#
#Hatimanusia#

Monday, 13 August 2018

CARA BIJAK KUMPUL ASSET

KERETA DAPAT. DEPOSIT RUMAH PUN DAPAT.

Ramai yang ingin membeli kereta pertama setelah mula bekerja. Korang nak beli kereta apa pun saya tak halang. Tapi saya nak ajar cara bijak beli kereta. Saya kongsikan teknik bijak untuk memiliki kereta pertama disamping dapat menyimpan dana deposit rumah selepas tiga tahun.
Nak tahu tak, walaupun korang bayar ansuran kereta RM500++ sebulan, tetapi kau masih boleh dapat RM30K selepas tiga tahun? Kalau nak tahu, teruskan membaca dengan minda terbuka.

1. Ansuran bulanan untuk Myvi 1.3 Premium X lebih kurang RM511. Tambah kos petrol dalam RM300. Komitmen kau lebih kurang RM811 sebulan. Sebenarnya kau patut bersedia dan mampu untuk keluarkan RM811 setiap bulan kan. Tapi tahan dulu niat nak beli kereta untuk setahun. Setahun je tak lama. Sementara tu kau boleh tumpang kereta kawan ataupun naik pengangkutan awam. Kau patut mampu bayar bulanan RM800 lebih jika kau nak beli Myvi.

Jadi, apa kau boleh buat; Tahun pertama, mohon ASB Financing RM150K. Keuntungan bank 5.05%, tempoh pembiayaan ASB 30 tahun. Tanpa takaful. Bulanan RM810.
Selepas setahun dividen diumumkan. Andaian dividen diumumkan 7%. Jadi, 7% X RM150K= RM10,500

2. Tahun kedua, korang beli la kereta Myvi korang tu. Ansuran bulanan RM511. Setahun korang kena bayar RM6132. Ambil dividen ASB yang korang dapat tu untuk bayar ansuran bulanan.

RM10,500-RM6132=RM4368

Ada lagi lebihan RM4368. Simpan dalam ASB sebagai simpanan deposit rumah korang. Jangan kacau.

3. Bayar ansuran ASBF guna gaji korang, dan ansuran bulanan kereta guna dividen ASB. Jadi komitmen korang kekal RM810.

4. Selepas tiga tahun, korang terminate ASBF korang tu. Dan akan dapat; ✅Dividen terakhir: RM10,500 ✅Pulangan prinsipal (36 bulan): RM6926 ✅Duit lebihan setiap tahun: RM4368 X 3 tahun = RM13,104
Jumlah kasar keseluruhan: RM10,500 + RM6926 + RM13,104 = RM30,530

Dalam masa tiga tahun kau boleh ada lebih RM30K untuk dijadikan deposit rumah. Itu tak termasuk kiraan bonus lagi tu.

Kalau nak beli tahun keenam ke, kelima ke itu ikut korang punya perancangan. Sebab istimewa ASBF ni boleh terminate bila-bila masa. Tak ada lock in period. Selepas kau terminate ASB Financing, kau boleh lah cari rumah murah dulu. Apartmen medium kos misalnya. Kau boleh duduk sendiri ataupun sewakan pula rumah tu. Jadi, kau dah ada aset hartanah. Tak mampu beli rumah sekarang tak apa. Kau kena berusaha untuk bangkit dan ubah masa depan kau. Masa muda ni lah nak cari duit. Perjalanan kau masih panjang. Kalau masa muda dah mengeluh, dah berfikir negatif, hari-hari duk salahkan orang, tak guna der. Kau nampak konsep dia?

Kalau kau nak beli kereta ada logo H. Kau patut buat ASBF RM200K tu dulu der. Sekurang-kurangnya selepas tiga tahun kau ada deposit untuk beli rumah.

Kereta pun dapat. Rumah pun dapat. Ini adalah idea dan cetusan idea sahaja. Bukan saya suruh ikut cara ni 100%. In adalahb cadangan nak beli kereta untuk tolong korang kumpul deposit rumah pertama. Terima kasih. __________________________________________
Penafian :

1. Perkiraan kasar sahaja.
2. Andai dividen ASB diumumkan oleh pihak ASNB sepanjang tempoh tiga tahun tersebut kekal 7%

Sunday, 29 July 2018

IKHTIBAR CERITA MELAYU MASA KINI

Kepada kaum perempuan yang suka tengok drama Melayu, takkanlah nak suka-suka saja, tak nak ambil iktibar walaupun sikit.

1. Beli rumah sebelum kahwin dengan gigih. Kalau suami kita hendak curang, takdalah nampak kita macam terhegeh-hegeh.

2. Buat simpanan banyak-banyak untuk masa depan. Kalau suami kita cari perempuan lain, kita tak takut andai ditinggalkan.

3. Pastikan kita ada pendapatan walau pun sekarang ni kita surirumah. Kalau suami kita pergi dulu, taklah kita harap simpati dan sedekah.

4. Kalau perlu untuk jadi lebih kaya daripada suami kita, apa salahnya. Bantu ekonomi keluarga. Tapi kena ingat kita ni tetap isteri dia.

5. Jagalah suami kita dengan baik dan jangan biarkan dia selalu kesepian. Lelaki ni memang perlukan belaian dan perhatian.

Kesimpulannya, kita jangan nak bergantung sangat kepada suami. Kita kena ada banyak back up plan A sampai ke Z.

Kita tak tahu bila masa kasih sayang suami kita akan berkurang dan beralih kepada perempuan lain. Suami kita sendiri pun tak tahu.

Sekian, nota ini hanyalah untuk peringatan.

Saturday, 21 April 2018

3 TIPS BUANG RASA MARAH PADA ANAK



Jom sama-sama kita buang rasa nak marah pada anak. Kalau kita mak atau ayah suka marah-marah pada anak, bermakna kita sedang STRESS!

Amalkan 3 tips di bawah, mudah-mudahan, InsyaAllah, saya dan anda semua mampu untuk buang rasa marah itu.

1. Nak masuk rumah, ucapkan salam, baca BISMILLAH dan masuk dengan kaki kanan. Insya Allah syaitan yg suka bertenggek atas kepala akan lari.

2. Rajin-rajin PELUK anak. Sebagai contoh selepas pulang dari kerja.

3. Rajin Baca YA AZIZ, YA JABBAR, YA MUTAKKABBIR dan hembus pada ubun-ubun anak.

Mudah-mudahan, dengan tindakan kecil ini, dilakukan secara istiqamah, InsyaAllah saya dan diri tuan puan, adik kakak, ibu bapa, sahabat-sahabat akan jadi hebat.

Kongsikan tips ni pada mereka yang kita sayang :)

Friday, 20 April 2018

BAHAGIA DI TEMPAT KERJA

Ustaz Pahrol pernah kata: Tempat kerja tempat yang lama kita berada. Jika balik rumah, kita balik dan tidur. Di tempat kerja kita jumpa dan berurusan dengan orang. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja maka kita tak bahagia.

Nasihat Dr Fadhilah Kamsah kepada mereka yang mahu berhenti kerja sebab tak boleh kerja dengan orang, sebab rasa tak dihargai, sebab kawan-kawan tak ngam dengan kita:

" Betul kan diri kita dahulu. Betul kan niat kita. Doakan semoga orang-orang yang tiada hubungan baik dengan kita akan menjadi baik dengan kita, doakan untuk bos supaya bos sayang kita, doakan untuk company semoga company sukses. "

Ini pula kata-kata saya:

Sebenarnya senang kita nak rasa disayangi di tempat kerja. Sangat mudah nak dihormati, dipercayai dan rasa tenang di tempat kerja.

1. Tanamkan niat kita bekerja kerana Allah. Pasti Allah bantu niat-niat kita yang lain seperti nak bantu keluarga, nak bayar hutang etc.

2. Buat baik dengan semua orang - dengan kawan-kawan sekerja, dengan pembantu, dengan pelanggan, dengan pelawat etc

3. Jangan mengadu domba. Nampak saja kesalahan orang, mudah mahu adu pada boss dan menjadi pula bahan umpatan dengan kawan-kawan. NO! Jangan mulakan. Inilah pembunuh senyap di tempat kerja.

4. Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi di tempat kerja. Tenang itu selalu menang.

5. Ucapkan terima kasih kepada boss dan kawan-kawan.

6. Mohon maaf jika bersalah. Jangan ego.

7. Senyum. Usah mudah sangat berubah muka. Senyumlah kerana senyum itu penawar untuk semua permasalahan.

Tempat kerja adalah rumah ke 2 kita. Tempat kita mencari rezeki. Jika di tempat kerja kita bermain dengan perasaan. Kita tak suka dengan rakan sekerja, kita membenci, bagaimana doa kita mahu dimakbul Allah?

Semoga anda semua menjadi pekerja yang hebat. Orang hebat pasti disayang manusia dan juga Allah.

Kredit: Ashikin Hashim

Sunday, 22 January 2017

AIB SEORANG ANAK


'Anak saya kalau dia dah siap makan takdenya nak letak pinggan tu dalam sink. Basuh tangan dia jela'

'Rajinnya anak dia. Kalau anak saya jangan harap la nak tolong sidai kain. Baju dia pon saya yang kutip'

Ayat-ayat sebegini memang laju je keluar dari mulut kita. Tak kira depan anak kita sendiri mahupun tidak. Malah saya akui saya sendiripun kekadang terlepas pandang. Konon sembang mak-mak. Bercerita dan berkongsi perihal anak2. Sekadar suka-suka.

Namun hakikatnya ada hati yang terluka. Ada jiwa yang meronta. Dan ada aib yang tersingkap. Cumanya kita merasakan ianya tidak salah. lancang sahaja mulut kita bercerita. Malah didepan anak-anak kita sendiri. Kita tidak sedar disebalik sikap tak kisah mereka, hati mereka terluka. Disebalik senyum mereka, mereka menanggung aib. Sungguh kita tidak sedari. Kita merasakan ia hanya perkara enteng dan tentunya mereka tidak tersinggung.

Saya menyedari semua ini apabila Allah menegur saya melalui lisan anak kecil ini. 'ibu, kenapa ibu cakap Ainun selalu lupa nak bagitahu ada homework dalam group whatsapp tadi? Ainun bukan sengaja. Ainun memang terlupa'. dan wajahnya menjadi sugul. Ya Allah....saya tak sedar yang saya melukakan hati dia.

Anak-anak sama juga seperti kita. tak suka bila diungkit tentang kelemahannya. Malu bila berbicara tentang kekurangan dirinya. Apatah lagi telinga mereka mendengar dengan jelas. Mereka juga tahu erti malu dan aib.

Begitu juga saat kita menegur kesilapan mereka. Berkatalah denga n kata-kata yang baik. Tegurlah dengan ayat yang merangsang mereka untuk berubah. Bukan dengan ayat yang menjatuhkan air muka dan harga diri mereka. Bagaimana kita mahu orang lain menegur kita dengan hikmah, begitu jugalah kaedahnya dalam kita mendidik anak.

#AnakAsetKeSyurga
#SayangilahAnakKita

Sunday, 11 December 2016

SEWA RUMAH DI SEBELAH RUMAH ORANG MISKIN

Assalammualaikum dan salam muafakat johor untuk sahabat semua.

Di dalam musim hujan ini biasanya kita akan layan rancangana televisyen atau pun gajet masing-masing ditangan sambil melayari apa jua hiburan di alam maya. Dalam pada saya melayani internet mata terpaku dengan pertanyaan dari seseorang di face booknya.

Hanya sekadar renungan untuk saya kerana saya memikirkan apakah bezanya miskin atau kaya di sisi tuhan?

Pandangan peribadi saya sahaja. Kita miskin atau kaya di sisi tuhan hanya dari perbezaan amalan.

Sama-sama kita renungkan cerita di bawah ini.

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dgn rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak.

Satu malam tiba-tiba bekalan elektrik terputus.

Dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin, namun dia terdengar ada orang mengetuk pintu rumahnya.

Ternyata seorang anak miskin yang tinggal di sebelah rumahnya yang mengetuk pintu. Anak itu bertanya dgn risau: "Kakak, ada lilin tak?"

Gadis itu terfikir : Ini mesti dia hendak pinjam lilin dariku. "JANGAN BAGI PINJAM" bisik gadis tersebut di dalam hatinya. Nanti jadi satu kebiasaan pula utk jiran sebelah rumah ni terus meminta.

Maka si gadis menjawab : "TIDAK ADA!!"

Lalu si anak miskin berkata riang : "Saya sudah agak, kakak tak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami risau kerana kakak tinggal sendirian dan tak ada lilin".

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat....

Maka pengajaran yang kita lihat di atas tadi. Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN / TIDAK MAMPU.

Ingatlah..
Kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak yg kita PUNYA, tetapi berapa banyak kah yang kita MAMPU utk MEMBAHAGI kepada mereka yg TIDAK MAMPU. Itulah kebajikan. Adakah kita mampu melakukan kebajikan sehingga ianya menjadi amalan?

Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA2 & dan
KAYA pula bukan bererti PUNYA SEGALANYA.

Hindarkan sikap buruk sangka dan hendaklah bersangka baik sentiasa sesama manusia.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Monday, 28 November 2016

BAGAIMANA CARA MENCARI SAHABAT LAMA

Bagaimana cara mencari sahabat lama...
Tajuk ini berlegar di ruang fikiran saya setelah saya dijejaki bukan sahaja sahabat-sahabat lama dari sekolah menengah beberapa tahun dahulu. Malahan beberapa hari yang lalu sahabat lama saya dari sekolah rendah juga sudah dapat menjejaki saya.

Terasa amat bersyukur sekali kerana kami dipertemukan dan berkumpul dalam satu bumbung walaupun di alam maya. Sedikit demi sedikit kenangan di alam persekolahan mula mengimbau kembali bila terlihatkan wajah sahabat saya. Ada yang sudah berubah dan masih ramai yang kekal seperti dahulu dan masih dapat dikenali.

Yang menjadi persoalannya bagaimana mereka mencari saya sedangkan sudah hampir puluhan tahun tidak tahu khabar berita.
Bagaimana pula saya akan mencari sahabat lain yang belum berjumpa lagi untuk di kumpulkan di bawah satu bumbung. Zaman teknologi kini banyak membantu dan tidak mustahil jika mereka boleh menjejak kita dari pencarian di facebook.

Zaman dahulu tidak ada facebook, tetapi kini pelbagai cara dapat dilakukan dan apa yang saya lakukan untuk menjejaki sahabat lama adalah dengan cara :-

1.     Taip nama penuh sahabat anda di kotak
         pencarian facebook sekiranya anda
         masih ingat nama penuh mereka.
2.     Cari sahabat anda yang lain di senarai
        nama sahabat yang anda baru jumpa di
        Facebook. Biasanya kita akan terjumpa
        lagi sekurang-kurangnya seorang.
3.     Anda tubuhkan kumpulan dan dari situ
        cuba cari sahabat yang lain. Mungkin
        mereka boleh membantu anda dengan
        cara bertanya kepada keluarga di
        kampung.
4.     Besarkan kumpulan anda seperti dari
        satu kelas diubah pencarian ke satu
        batch.
5.     Sekiranya anda mengadakan sessi
        perjumpaan, jangan lupa untuk
        menjemput wartawan untuk di siarkan di
        akhbar. Dengan cara ini mungkin
        sahabat yang belum anda temui terbaca
        artikel tersebut, boleh berhubung
        dengan anda. Dengan syarat anda
        haruslah meletakkan nombor anda
        supaya boleh dihubungi.
6.     Sekiranya ibu bapa mereka masih ada
        dan masih tinggal lagi di tempat sama,
        anda boleh lawat mereka untuk bertanya
        khabar sambil bertanya mengenai
        sahabat anda itu.


Saya doakan semoga anda dapat menjejaki sahabat lama anda. Alfatihah saya sedekahkan kepada sahabat - sahabat saya yang telah terlebih dahulu dijemput ilahi. Moga rohnya dicucuri rahmat. 



 

Thursday, 24 November 2016

PETUA HIDUP TENANG

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka. Dulunya berbasikal, bermotor, berkereta buruk sekarang berkereta mewah.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3.  Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik, tengking, buat muka selamba dan senyumkan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah kerja sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9.  Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yang ALLAH telah kurniakan..

11.  Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12.  Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Semoga saya juga boleh mengamalkan semua yang diatas supaya hidup lebih gembira..

Wednesday, 23 November 2016

CELEBRITYLASS - CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN

Bau ketiak dan juga bau badan memang telah menjadi suatu masalah bagi kita tidak mengira faktor umur atau jantina. Masalah bau badan seperti ini juga mempunyai tahap dari yang paling rendah hingga yang bertahap tinggi.

Bau badan yang bertahap rendah pada dasarnya telah dimiliki oleh setiap orang dan juga hal tersebut biasanya tidak mengganggu seseorang yang ada disekeliling kita. Tahap yang biasanya akan mengganggu adalah medium dan diatasnya, perkara ini mengganggu orang-orang yang berada di sekeliling kita.

Andapun pastinya juga tidak akan merasa selesa serta tidak merasa yakin pada diri ketika sedang bersama orang lain dan tiba-tiba bau yang tidak sedap dari tubuh anda terbit, maka hal tersebut sangat mengganggu anda bukan?  Pada tahap inilah bermakna masalah bau badan  anda berada dalam keadaan serius. Pastinya anda ingin sekali untuk mengatasi masalah bau badan ini bukan?

Jadi di sini kita akan membincangkan tentang cara menghilangkan bau badan yang dapat anda praktikkan dengan mudah dan tidak perlu berfikir dengan serius bagaimana untuk mengatasinya.

Cara menghilangkan Bau Ketiak Dengan Deodorant
Deodorant adalah bahan yang banyak dipakai oleh anak muda sekarang ini. Cara memakainya sangat mudah dan juga praktikal iaitu tinggal disapukan pada ketiak dan kemudian ketiak akan menjadi harum dan dapat mengurangkan pengeluaran peluh yang berlebihan pada ketiak.

Deodorant ini banyak kita temui dikedai- kedai dan pasaraya dengan berbagai jenis, haruman dan jenama. Apabila kita melihat iklan produk deodorant samada di television ataupun media lainnya, didapati deodoran jenama tertentu akan sangat berguna untuk menstabilkan kawasan ketiak anda dari serangan bau peluh.

Akan tetapi ternyata tidak semua jenis deodorant ini sesuai dengan kulit seseorang. Ciri-ciri deodorant yang tidak kekal adalah yang tidak boleh menghilangkan bau, malahan menambah bau yang tidak sedap pada ketiak anda. Bahkan ada juga yang menimbulkan iritasi dan gatal-gatal.

Berhati-hatilah dalam pemakaian deodorant, perhatikanlah setiap perubahan yang akan terjadi pada bau badan anda, jika tidak sesuai maka segeralah hentikan pemakaiannya.  Kelemahan lain dari pemakaian deodorant adalah apabila menggunakan pakaian dalam, biasanya pada sisi bahagian ketiak akan menjadi keras atau kehitaman.

Apabila menggunakan pakaian yang berwarna putih pula, akan terlihat tanda kekuningan dan juga akan tidak elok apabila dipandang mata.

Cara Semulajadi Menghilangkan Bau Ketiak 

Ada beberapa jenis bahan yang dapat digunakan untuk menghilangkan bau badan sebagai ganti deodorant iaitu menggunakan tawas, limau atau kapur makan. Disini kita akan cuba menggunakan tawas.

Cara Menghilangkan Bau Badan dengan Tawas

Tawas dikenal sebagai jenis batu yang selalu dipakai untuk menjernihkan air yang berwarna keruh. Disamping itu tawas juga dapat digunakan sebagai bahan untuk menghilangkan bau badan.

Caranya dengan mengambil tawas kemudian ditumbuk hingga halus lalu digosokkan ke ketiak, maka bau ketiak pun akan segera hilang.

Tawas ini walaupun bersifat sintetik tetapi tetap selamat bagi anda jika dibandingkan deodorant yang ada kandungan Aluminium Chlorohydrat. Hati-hatilah memakai produk deodorant yang ada ACnya kerana bahan tersebut adalah bersifat anti peluh.

Barah payudara dan beberapa penyakit lainnya boleh disebabkan oleh bahan anti peluh. Peluh sebenarnya perlu dikeluarkan dari dalam badan sebab bahan buangan yang ada didalam badan akan keluar bersama dengan peluh.

Apabila memakai produk yang mengandungi anti peluh, maka perpeluhan badan terganggu dan peluh yang mengandungi bahan buangan tersebut tidak akan keluar. Maka berhati-hatilah dalam memilih jenis produk deodorant.

TAWAS ASLI
CELEBRITYLASS - Bukan deodorant yang mengandungi bahan anti peluh. Ia adalah cecair yang mudah digunakan dan mengandungi bahan semulajadi yang selamat seperti tawas dan amat sesuai digunakan untuk remaja aktif atau dewasa. Ianya juga disyorkan untuk kanak-kanak sekolah yang sememangnya aktif.

Tuesday, 22 November 2016

PENGHILANG BAU BADAN AJAIB

Kakak yang cantik dan abang yang hensem.

Uolls jangan risau tau kalau ada masalah bau
✔KETIAK KEPAM
✔KETIAK HANGIT
✔KETIAK MASAM
✔KAKI MASAM

Boleh spray CELEBRITYLASS ni.
Sepantas 3 saat bau bau ni semua boleh hilang tau.

Kak Iza ada promosi baik untuk you alls ye.

Dengan pembelian 1 BOTOL CELEBRITYLASS kak Iza bagi FREE 2 TRIAL YANG BERNILAI RM30.

Jimat...jimat sangat uols��

Uols whatsapp kak Iza sekarang tau.

Whatsapp " Kak Iza Cute " +6017 7125588

Whatsapp " Kak Iza Cute " +6017 7125588

Whatsapp " Kak El Cute" +6017 7125588

Dan korang layak dapat HADIAH EXTRA DARI KAK IZA����

Friday, 15 April 2016

PETUA MUDAH HILANG BAU BADAN

Entri        : 8
Teks         : Farizah Md Sapie
Photo      : Simpanan Peribadi
Pernahkah anda mengalami masalah yang orang lain tidak boleh  tolong kecuali diri anda sendiri?
Atau adakah kawan-kawan anda tidak sampai hati untuk melukakan hati anda dan hanya menjauhkan diri tanpa memberitahu kenapa mereka berbuat demikian?
Tentu masalah bau badan sedemikian amat membimbangkan kerana lama kelamaan kita akan kehilangan kawan dan akhirnya kita juga akan kehilangan keyakinan pada diri sendiri.
Marilah kita cuba untuk hilangkan bau badan dengan cara tradisional yang pastinya tidak memerlukan belanja yang mahal. Malah mudah didapati.
Jom kita lihat dan cuba tips ini..
Tip menghilangkan bau badan a.k.a. K.E.T.I.A.K
Petua 1
■Potong limau kasturi
■Selepas potong, buangkan bijinya
■Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya
■Amalkan selalu
Petua 2
■Gunakan daun sirih
■Daun sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif
■Daun sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria
■Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas
■Biarkan ia menyejuk dengan sendiri
■Bila sudah sejuk minum air rendaman
■Cuba amalkan setiap hari dan lama kelamaan bau badan hilang
■Kalau rasa tak berapa lalu nak.minum air rendaman, boleh campurkan sedikit gula
Petua 3
■Timun juga boleh dikatakan ramuan untuk hilangkan bau badan
■Caranya potong timun kepada beberapa bahagian kecil
■Semasa mandi, gosokan kepingan kecil ke seluruh badan
■Setelah itu barulah bilas bersih
Petua 4
■Kalau tiada selera untuk minum air sirih, boleh juga bunga cengkih
■Caranya ialah rendam beberapa bunga cengkih dalam satu cawan air panas
■Biarkan sehingga kembang
Kemudian minum air rendaman tersebut
■Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau
NAK LAGI MUDAH DAN CEPAT CUBA LA CELEBRITYLASS
✔Hanya spray
✔Gosok-gosok
✔Bilas
Share dengan kawan kalau ia membantu.
Tiphilangkanbaubadan
Celebritylass
017 7125588

Tuesday, 5 April 2016

KEBAIKAN PEGAGA



Entri     : 7
Teks      : Farizah Md Sapie
Foto      : Carian Google 


Pegaga adalah tumbuhan herba yang hidup melata di atas tanah. Pegaga  juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris: pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal. 

Nama saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica . Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual.

Banyak terdapat  di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi.

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
  1. Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
  3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
  4. Pokok Pegaga Kelantan,
  5. Pokok Pegaga Renek
  6. Pokok Pegaga Salad
  7. Pokok Pegaga Gajah
  8. Pokok Pegaga Brunei   

http://healthzone.mediktv.com/wp-content/uploads/2012/11/2722063532_3a4314fd45_b.jpeg
Dikenali dengan "Indian Pennywort" kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling.

Kegunaan
Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika". Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. 

Daun pegaga ini mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap dimakan dengan sambal belacan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.

Khasiat

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. 

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.

Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.

Di India pula, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. 

Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah
Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut,  menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah,  merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.

Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi.


Petua Tradisional 

(a)   Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah amalkan makan pucuk pegaga yang dibuat ulam atau dijadikan ramuan dalam gulai. Dengan amalan ini, dikatakan akan membantu mengecutkan peranakan wanita.

(b)   Serikan Wajah Anda.
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.

Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. 
Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.



http://healthzone.mediktv.com/wp-content/uploads/2012/11/pegaga_drinks.jpg
" Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang perpenting untuk di pulihara dan ditanam.


 (c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Ambil lebih kurang sepuluh helai daun pegaga dan cuci dengan air garam. Lepas itu tumbuk hingga halus dan campurkan dengan air garam, sedikit air suam dan bedak sejuk.
Sapu campuran tadi pada muka pada waktu malam dan bersihkan keesokkan harinya. Amalkan setiap malam sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Monday, 4 April 2016

TESTIMONI IKHLAS

Entri      : 5
Teks       : Farizah Md Sapie
Foto       : Simpanan Peribadi

Semalam saya buat follow up satu customer yang sudah pun mencuba Krim Herba Kemboja. Dia hanya menggunakan krim malam sahaja. Penjagaan kulit dan kecantikan yang lain masih digunakan dan tidak perlu menukarkannya kepada yang lain. Hanya menambah krim herba kemboja sebagai krim malam yang di sapu sebelum tidur.

Sincere feedback from customer..
Thanks Allah...
Saya dapat membantu seorang lagi insan yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat. Krim Herba kemboja juga sesuai untuk kulit yang ada jeragat dan nampak kusam. 


Cubalah hari ini.!!


Saturday, 2 April 2016

PERLAKING MUTIARA ASLI

Entri     : 6
Teks      : Farizah Md Sapie
Foto      : Simpanan Peribadi


Anda pernah mendengar PERLAKING? 
Apa itu perlaking? Apa yang sedang melanda wanita- wanita yang inginkan kulit yang gebu dan mulus?

Perla King -  adalah produk raja mutiara yang mempunyai kandungan mutiara kadar dos yang tinggi.

Fenomena serbuk mutiara yang melanda kini adalah yang 100% asli dari laut dalam Filipina. Kesan yang sangat hebat dengan kulit semakin cerah, gebu dan anjal. Dengan hanya seawal 3 hari pengambilannya anda akan dapat rasai perbezaan pada muka dan badan.


KANDUNGAN ISTIMEWA PERLAKING

 1. Serbuk Mutiara Filipina 
  • Lebih ringan, berkualiti dan mempunyai mineral serta vitamin yang tinggi 
  • Amat dipercayai oleh golongan bangsawan Cina sebagai bahan pemutih dan awet muda dalam memelihara kecantikan kulit 
  • Bersifat antiradikal bebas membuang segala toksin dalam badan. Hasilnya kulit yang cantik halus dan gebu tanpa cela akan dihasilkan
  •  Mengecutkan jerawat 

2. Kolagen Ikan Salmon
  •  Tidak menggemukkan seperti kolagen ikan biasa
  •  Kolagen lebih berkualiti dan sering digunakan dalam industri kecantikan di negara Filipina, Korea dan Jepun
  •  Lebih pantas menyerap ke dalam sel kulit dan merangsang penghasilkan sel kulit baru
  •  Mengandungi amino acid, omega 3 dan pelbagai mineral yang membantu dalam kesihatan dan kecantikan
  •  Memudarkan parut dan menggebukan kulit

 3. Acid Hyaluronik Gred A
  •  Lebih halus dan bermineral
  •  Merangsang penghasilan kolagen dalam badan - Bertindak balas dengan vitamin C untuk menghilangkan kedutan, parut dan jeragat serta kedutan
  •  Melembapkan kulit 
Bahan lain : Vitamin E & Grape seed Extract sebagai antioksidan yang menyokong komposisi kolagen dan serbuk mutiara dalam badan.

 KESAN DAN KELEBIHAN PERLAKING
  •  Melembapkan kulit dalam masa 24 jam
  •  Membuatkan kulit semakin flawless, gebu dan glow seolah-olah memakai makeup 
  • Kulit menjadi putih kemerah merahan dalam tempoh SANGAT singkat
  •  Jeragat semakin pudar seawal pengambilan sebiji
  •  Jerawat kecut dan minyak muka semakin berkurang
  •  Parut pada kulit akan dirawat dan perlahan-lahan akan pudar / hilang
  •  Mengecilkan pori-pori muka dan membuang blackhead 
  • Kulit awet muda, tegang dan cantik serta banyak lagi kebaikan lain
  •  Halal Bumiputera serta mendapat pengiktirafan halal daripada Pakistan 
  • Tiada apa-apa pantang termasuk kafein. 

BAGAIMANA PERLAKING BERTINDAK? 

✔ 1 hari untuk rasa kulit semakin lembap

 ✔ 3 hari untuk lihat jerawat kecut 

✔ 7 hari kulit semakin glow dan putih berseri

 ✔ 14 hari parut semakin pudar dan kulit semakin gebu 

✔ 28 hari lahir kulit baby terpancar seluruh badan 


CARA PENGAMBILAN PERLAKING
  1. Koyakkan 1 sachet dan terus dimakan / kemam tanpa perlu dibancuh.
  2. Boleh diambil sebelum sarapan pagi / semasa perut kosong atau malam sebelum tidur. 
  3. Banyakkan minum air untuk kesan maksimum. Sebaik-baiknya 3 liter sehari.


Friday, 25 March 2016

KEPAKARAN YANG MEMBERIKAN KEPUASAN

Entri    : 4
Teks     : Farizah Md Sapie


     Alhamdulillah, saya dapat bersiaran sekali lagi setelah beberapa hari cuba untuk membina dan mengekalkan semangat menulis secara konsisten. Sebenarnya saya  seperti orang lain yang setiap hari pasti ada benda atau perkara baru yang dipelajari. Hanya kerana saya seorang yang tidak memperdulikan apa yang berlaku seharian, maka pengalaman baru yang dialami akan di simpan sendiri tanpa ada rasa teruja untuk berkongsi dengan orang lain.

     Tetapi hari ini saya ingin berkongsi rasa bagaimana sesuatu pekerjaan itu boleh menjadikan kita terpaksa belajar bidang yang di luar dari kepakaran kita. Seperti saya, sebagai seorang jururawat, saya perlu merawat  pesakit dan memenuhi keperluan asas mereka di kala mereka tidak mampu melakukannya sendiri.Oleh kerana kepakaran saya merawat pesakit yang sedang bertarung dengan kematian atau kecederaan yang serius, otak saya akan bekerja keras untuk mempastikan pesakit saya selamat. Baru ada rasa kepuasan di dalam hati sekiranya saya berjaya menyelamatkan satu nyawa dan saya akan bersyukur kerana ilmu yang saya ada, dapat saya gunakan dengan sebaiknya.

     Seperti baru sebentar tadi, saya mendengar panggilan kecemasan dari interkom. Pada masa itu saya sedang menunggu untuk berbincang dengan orang atasan mengenai pelan lantai bangunan baru. Sememangnya saya tidak faham tentang pelan lantai dan saya pun bukannya lulusan arkitek. Hanya sempat belajar asasnya di Sekolah Teknik dahulu dan itu pun sudah hampir 20 tahun lalu. Bila saya mendengar panggilan kecemasan yang berlaku berhampiran tempat saya yang kebanyakkannya adalah ruang pejabat, saya pun meluru keluar dan mendapati seorang pesakit  telah berhenti bernafas dan tiada denyutan nadi yang dilihat di skrin.

     Kenapa saya memilih untuk menyelamatkan pesakit sedangkan akan ada ramai lagi jururawat yang akan datang menyerbu bila mendengar panggilan kecemasan tersebut? Seperti yang saya katakan di atas, pengalaman baru akan sentiasa kita alamai pada setiap hari. Walaupun kejadiannya adalah sama, tetapi pengalaman pasti akan berbeza-beza. Ada masanya kita sudah sedaya upaya menyelamatkan pesakit yang "straight line" di skrin monitor tetapi tidak berjaya. Tetapi ada kalanya "straight line" itu akan menjadi rithma yang membuatkan kita bersyukur kerana telah berbakti kepada orang dan seterusnya kita menghargai apa yang kita lakukan itu. Saya dan rakan-rakan berjaya menyelamatkan satu nyawa dan saya berpuashati dengan diri sendiri kerana berjaya memberikan suatu kebaikan kepada orang.

     Sekiranya saya memutuskan untuk menunggu perbincangan dengan orang atasan mengenai bidang yang bukan kepakaran saya, sudah tentu saya akan rasa hari ini rutin hidup saya biasa-biasa sahaja. Walaubagaimana pun saya meneruskan niat saya untuk mempelajari "bidang baru" iaitu membaca pelan lantai tersebut setelah saya pastikan pesakit tadi berada di ICU dan telah betul-betul stabil.

     Saya juga tidak pernah terfikir yang jururawat juga perlu belajar macam-macam bidang seperti kaunselor, Pakar Diet/pemakanan, seorang cikgu/guru kepada pelajar jururawat dan pesakit, pakar IT dan sebagainya. Sesungguhnya bidang kejururawatan hanyalah salah satu batu loncatan untuk kita miliki pelbagai kepakaran lain.

Sekian coretan saya.






































Tuesday, 22 March 2016

KRIM HERBA KEMBOJA

Entri       : 3
Teks       : Farizah Md Sapie
Photo     : Simpanan Peribadi

Pernahkah anda mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat atau kulit kusam? Masalah kulit sering dialami oleh semua peringkat umur samaada remaja dewasa mahupun sudah di peringkat matang usia kita. Jika kita tidak memandang serius perkara ini, mungkin kita akan berhadapan dengan masalah yang lain seperti hilang kawan atau hilang keyakinan pada diri sendiri.
Sebelum kita hilang kawan atau tidak berkeyakinan pada diri sendiri, kita harus cari jalan supaya masalah kulit kita dapat diatasi dengan segera.Hanya dengan menggunakan herba asli dan tiada bahan kimia sahaja dapat memgembalikan kecantikan dan kesihatan kulit wajah.
Krim Herba Kemboja dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Ini adalah kerana Krim Herba Kemboja dihasilkan 100%  berasaskan herba. Antara kandungan Krim Herba Kemboja dan kebaikan yang ada dalam bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut.
Royal Jelly
Mengandungi pelbagai nutrisi dan vitamin tertentu yang menyokong proses pembaharuan tisu kulit. Ia turut berperanan mempercepatkan penyembuhan pada kulit wajah.
Ekstrak Pati Soya
Ia mampu melembutkan dan melicinkan kulit, menghilangkan kedutan serta mengurangkan masalah kulit berminyak.
Ekstrak Timun
Untuk membuatkan wajah anda lebih halus dan berfungsi untuk menyegarkan wajah. Ekstrak Timun dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah.
Minyak zaitun
Berfungsi sebagai agen anti penuaan, untuk mengekalkan wajah anda menjadi awet muda serta menyerikan wajah. mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur.
Vitamin A
Ia merupakan antioksidan dan juga dapat membantu mengeluarkan racun. Vitamin A berperanan melawan jerawat dengan menurunkan penghasilan minyak dan meningkatkan sistem perlindungan kulit.
Vitamin E
Membantu anda mendapatkan tekstur kulit wajah yang cantik , berseri dan tidak kusam.sebagai agen pelembab kulit jika diambil secara berterusan.
Alovera
Menyapu lendir lidah buaya pada wajah sebelum tidur secara konsisten mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih licin dan juga boleh meghilangkan masalah jerawat anda.
Kolagen
Ia bertindak melawan penuaan pada wajah dengan mengurangkan kedutan yang jelas pada wajah dan melindungi kulit.
Sengkuang
Menghaluskan dan memutihkan kulit, menegangkan kulit wajah, menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Beras
Ia membantu anda mendapatkan wajah yyang cerah dan lebih lembut . Antara khasiat beras ialah merawat sel kulit yang mati dan menanggalkan kekotoran serta minyak pada kulit dan wajah anda.
Pegaga
Berfungsi menaikan seri wajah dan menghilangkan bintik-bintik hitam.
Jika anda mempunyai masalah kulit dan tidak mahu penggunaan bahan kimia yang akan menambah masalah anda, cubalah Krim Herba Kemboja. Terima kasih kerana masalah saya juga telah selesai..dengan penggunaannya secara teratur. Cubalah...

Friday, 18 March 2016

KEBAIKAN LEMON

Entri     : 2
Teks     : Farizah Md Sapie
Photo   : Carian Goggle

Pernahkan anda cuba untuk menurunkan berat badan dengan kaedah Detox? Inilah yang terjadi pada tubuh anda jika anda minum air lemon setiap pagi bagi tujuan detox.
     Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. 
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati, lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
     Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini? 
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi 
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1.    Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2.    Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3.    Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4.    Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5.    Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6.    Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7.   Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8.    Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9.    Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10.   Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11.   Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan Acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
   Caranya:
   Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa. Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam) Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doktor sebelum memulakan.
Menghilangkan rasa takut dan Menenangkan perasaan stress
Kajian mwmbuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress. Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
   Caranya: 
   Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi Ulcer Mulut.
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni.
   Caranya: 
   Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan air tersebut sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye Demam
Selain dari rawatan demam ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa. 
   Caranya: 
   Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap 2 jam sehingga demam tiada lagi! 
Selesema dan Sakit Tekak 
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak. 
   Caranya: 
   Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi. Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali.

Semoga tips kesihatan secara tradisional ini dapat membantu meringankan sakit yang dihadapi dan bermenafaat kepada anda semua..